Hari Ini dalam Sejarah......

Assalamualaikum,

Hari ini merupakan hari bersejarah yang akan diingati sampai bila-bila. Pertama sekali ialah pelantikan Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Ramai menjangkakan bahawa pelantikan Najib akan membawa Malaysia ke zaman gelap. Wallahualam, kita tunggu dan lihat.

Kedua, teori RAHMAN telah lengkap sudah hari ini. Dengan izin Allah, teori RAHMAN telah menjadi kenyataan walaupun ramai yang meraguinya dan tidak mempercayai suatu masa dulu.

R = Tuanku Abdul Rahman
A = Tun Abdul Razak
H = Tun Hussein Onn
M = Tun Mahathir Mohamad
A = Tun Abdullah Badawi
N = Dato' seri Najib Tun Razak

Namun, ramai yang lupa bahawa Teori RAHMAN juga memberitahu bahawa selepas N, UMNO akan tumbang dan Malaysia akan dipimpin oleh seorang pemimpin berjiwa Islam...iaitu Ulama..Wallahualam.
Read More...

Ketiga, hari ini saya dan beberapa rakan dalam saf jemaah PAS telah berjaya dengan izin Allah membawa seorang Kristian untuk memeluk Agama Islam. Lafaz shahadah dibuat pada jam 10 pagi, sama dengan waktu Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.

Sesungguhnya hari ini memang bersejarah....

Credit to BENDAHARA TUN PERAK

3 comments: (+add yours?)

gembalaLabi said...

huhuhu...teori yg bagus tu.....pasni teori apa lak.........teori kacang macam mana pulak.....

raja pantun said...

lepas ni teori N.A.J.I.B lak...

N-Najib
A-Anwar
J-Jari/Jimi
I-Ikan
B-B**I

kah kah kah

Ramzi Abdul Rahim said...

Ajak Rizal pi makan kenduri,
Pi kenduri naik kereta Jari,
Teori RAHMAN memang jadi,
Apa kaitan ngan Jari.