Nik Aziz Nangis Dengar Amy Search Menyanyi

2 comments

Credit to Izyan

Apa dah jadi....

6 comments

Ni masa tengah jemur siang tadik.... begini rentetannya...
1. Tengahari 4 April.. cuaca panas terik.. aku pun bukak pintu keter.. kemudian tido dengan nyenyaknya.. sedar dari tido hujan turun dengan lebatnya.. HUH.. entah berapa lama hujan pun tak tau laa.. (pikir sendiri la apa yg terjadi bila ujan lebat, pintu ternganga)
2. 8pg 5 April, cuaca panas terik.. buka lagik pintu keter dengan harapan nak jemur bagi kering.. sayang recaro (kata bandi).. tapi.. aku terlupa pulak off lampu kat dalam tu.. kiranya menyala sepanjang 8pg hingga 2ptg kot..
3. 10mlm 5 April.. start kete nak kuar g makan.. D**N!! bateri sudah weak.. adooooyaii!. Dial 01344627** (halu wak, mai umah aku la ni) KBJ24 tiba dengan gahnya... jump dari kete dia ke kete aku.. hidup la enjin keta aku....

ni la KBJ24 dan tuannya yg telah menyelamatkan keadaan.. Thank u MSA

Hok ni saja nak interpremm.. nama baru dia mar..

Hari Ini dalam Sejarah......

3 comments

Assalamualaikum,

Hari ini merupakan hari bersejarah yang akan diingati sampai bila-bila. Pertama sekali ialah pelantikan Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Ramai menjangkakan bahawa pelantikan Najib akan membawa Malaysia ke zaman gelap. Wallahualam, kita tunggu dan lihat.

Kedua, teori RAHMAN telah lengkap sudah hari ini. Dengan izin Allah, teori RAHMAN telah menjadi kenyataan walaupun ramai yang meraguinya dan tidak mempercayai suatu masa dulu.

R = Tuanku Abdul Rahman
A = Tun Abdul Razak
H = Tun Hussein Onn
M = Tun Mahathir Mohamad
A = Tun Abdullah Badawi
N = Dato' seri Najib Tun Razak

Namun, ramai yang lupa bahawa Teori RAHMAN juga memberitahu bahawa selepas N, UMNO akan tumbang dan Malaysia akan dipimpin oleh seorang pemimpin berjiwa Islam...iaitu Ulama..Wallahualam.
Read More...

Ketiga, hari ini saya dan beberapa rakan dalam saf jemaah PAS telah berjaya dengan izin Allah membawa seorang Kristian untuk memeluk Agama Islam. Lafaz shahadah dibuat pada jam 10 pagi, sama dengan waktu Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.

Sesungguhnya hari ini memang bersejarah....

Credit to BENDAHARA TUN PERAK