Mereka ada cerita tersendiri yang bersalingkait membawa duri ke mana harus lari dari kemelut yang semakin ngeri. Segalanya semakin perit untuk dilalui Kasyah setelah pertunangannya terputus dengan Katerina. Hisyam berjaya menyunting Katerina sedangkan dia tak tahu semua itu sandiwara yang dirancang Katerina untuk membalas dendamnya. Kasyah pula melalui kehidupan dengan segala kepayahan sehinggalah Sofean sendiri meminta agar Kasyah menerima Katerina selepas dia yang memutuskan pertunangan itu. Itupun setelah Katerina murung selepas penceraiannya dengan Hisyam. Demi maruah, Kasyah menolak dan sengaja melamar Zahirah untuk menyakiti lagi hati Sofean. Malangnya Zahirah menolak kerana tak mahu melukakan hati Katerina sedangkan hakikatnya dia amat mencintai lelaki itu. Hisyam masih lagi menyimpan tekad untuk memenangi hati Katerina semula sehinggalah Jackie hadir dalam hidupnya. Zahirah yang menyesal menolak lamaran Kasyah itu akhirnya bertemu Shan yang mencintainya sepenuh jiwa. Mampukah mereka semua mengatasi kemelut cinta yang melanda jiwa masing-masing dan akan berakhirkah lagenda cinta ini dengan segala keindahan, ataupun sebaliknya?
0 comments: (+add yours?)
Post a Comment