Potret Monalisa


MISTERI POTRET MONALISA

1. Identiti Monalisa itu sendiri
2. Riak wajah Monalisa
3. Mata Monalisa akan memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka
memerhatikan lukisan itu
4. Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan
5. Makna senyuman Monalisa sehinggakan ianya menjadi igauan penyelidik, ahli psikilogi dan
pengkaji seni dalam usaha untuk menafsir makna senyuman tersebut

TEORI MENGENAI MONALISA

1. Monalisa yang sebenarnya adalah Lisa Ghererdini yang merupakan isteri kepada seorang
pedagang bernama Francesco de Giocondo. Mona Lisa bermaksud Madam Lisa
2. Seorang penulis, Serge Bramly, mengemukakan teori bahawa lukisan Monalisa adalah ibu
kepada Da Vinci dekenali sebagai Caterina
3. Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo
tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu
yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang
4. Teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr lillian Schwartz dari Bell labs yang
menyatakan Monalisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi 'kewanitaan'. teori itu
dperoleh apabila schwartz menggabungkan wajah leonardo dan wajah Monalisa dan hasilnya
didapati bentuk kedua-dua wajah itu selari

FAKTA POTRET MONALISA

1. Lukisan itu popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 ogos 1911. selepas kecoh
mengenai kehilangan itu, seorang pekerja Muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya
didapati bersalah
2. Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre 2 tahun kemudian
3. Populariti potret Monalisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, inspirasi
sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain
4. Judul Monalisa diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas kematian Leonardo. Selain
Monalisa, judul lain adalah La Gioconda
5. Keistimewaan Monalisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak
kira dari arah mana anda memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari sudut
pandangan yang berbeza. Terdapat pertikaian bahawa Monalisa membiarkan rambutnya
terurai sehinggakan bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan
kenyataan corak seakan rambut itu sebenrnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa
helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance
adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.
6. Selepas 500thn, keadaan meterial lukisan Monalisa yang melewati masa lama semakin
membimbangkan

8 comments: (+add yours?)

Anonymous said...

ikut suka la.....

Anonymous said...

hek eleh.. dok kacang2 tu apasal? dah bagus sgt kot...

Anonymous said...

wei jari.. awat hang kacang2 sgt?

Anonymous said...

ish ish.. biar la kat dia.. asyik dok pangkah dia jaa.. aku pun nak pangkah gak.. hahaha.. tapi jari mmg best.. semua denda dia bagus maa... tidak dapt disangkalkan..

Anonymous said...

** semua denda dia bagus maa... tidak dapt disangkalkan..

Anonymous said...

apa kena mengena pulak ni?

Anonymous said...

hahahahahahaha nasib la ko jari kontot....bukan ku pinta jadi begini.....huhuhuhuhu

Anonymous said...

kacang-kacang sungguh jari ni!!!